Sabtu, 17 September 2016

Wasiat Luqman Al-Hakim Kepada Putranya

Isi nasehat Luqman Al-Hakim :
ﻗﺎﻝ
  يا بني إذا كنت في الصلاة فاحفظ قلبك
 و إن كنت في بيوت الناس فاحفظ بصرك
و إن كنت في مجالس الناس فاحفظ لسانك
و إن كنت على الطعام فاحفظ معدتك

وقال له
 اثنتان لا تذكرهما؛
إساءة الناس إليك و إحسانك للناس
و اثنان لا تنسهما؛ ذكر الله وذكر الموت

Luqman Al-Hakim berpesan:
  • Wahai anakku, sekiranya kamu sedang melakukan solat, hendaklah kamu menjaga hatimu.
  • Sekiranya kamu berada di rumah orang lain, maka hendaklah kamu menjaga pandanganmu.
  • Sekiranya kamu berada di dalam majlis-majlis bersama sekumpulan manusia, maka hendaklah kamu menjaga lidahmu.
  • Sekiranya kamu berada di hadapan makanan maka hendaklah kamu menjaga perutmu.
Beliau berkata lagi kepada anaknya:
  • Dua perkara yang jangan sesekali engkau ingat kepadanya: Kejahatan manusia terhadapmu dan kebaikan yang telah kamu lakukan terhadap manusia.
  • Dua perkara yang jangan sesekali engkau lupakan:
  • Berdzikir kepada Allah dan ingat kepada kematian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar